Sunday, 30 December 2012

Master Blind Date and Miss Sedih



   "What ?Mama nak suruh irah pergi blind date lagi...Mama tak cukup ker dah 21 kali irah  pergi blind date ......tapi habuk takde yang berkenan dengan Irah..Mama nak seksa Irah lagi ker?"jerit Syakirah kepada mamanya...'Mama aku ni pun satu aku tak suka pergi blind date.....dia rancang jugak'' 'Izzati tolonglah aku..'katanya dalam hati ..nak berpekik mama ada kan dapat gelaran gila baru malu..hehehe

"Irah mama bukan apa mama nak Irah kahwin bkn mama jer papa pun nak tengok Irah kahwin sebelum dia  menutup mata dia nak ada lelaki yang boleh jaga Irah..tolonglah Irah ,kesian papa"kata Puan Syakila

"Mama Syamir kan ada ..dia lelaki dia boleh jaga keluarga kita Syila dan Irah sendiri pun boleh jaga keluarga ni takkan mama tak percaya kitorang kut"kata Syahirah lagi

"Tengku Syahirah Tengku Azman Farius ,Syamir tu baru umur 19 tahun belajar lagi, papa nak seorang lelaki yang mampu menjaga keluarga kita ...Irah tolonglah jangan ego sangat ..tolonglah faham keadaan mama dan papa ni plez lah Irah ...cubalah dengar cakap mama dan papa ni.... "kata Syakilah lagi dalam nada sayu..

"Okey Irah pergi blind date kali ni tapi dengar satu syarat."kata Syahirah lagi

"Apa syaratnya Irah??"tanya Puan Syakila

"Erm...kalau Blind Date ni tak jadi ..mama tak boleh paksa Irah pergi Blind Date lain deal??"sengaja Syahirah menekankan perkataan blind date di hadapan mamanya..

"Ok mama setuju..kalau macam tu mama pun ada syarat kalau blind date tu tak menjadi mama bagi 6 bulan  untuk Irah cari calon suami"kata mama pula

"What?Syarat tu Irah tak setuju"kata Syakirah sambil mengetap bibir tanda protes.

"Kalau Irah tak setuju mama akan kahwinkan Irah dengan Nizam"

'Ish..Nizam sepupu aku tu ??Tak ingin aku dah lah perangai macam biawak pompuan atau dipanggil buaya darat..Ish merana aku duduk serumah dengan dia..Lelaki muka biawak tu nak jadi suami aku jangan harap baik aku cari suami sendiri daripada biawak tu'

Setelah Syahirah lama terdiam akhirnya dia membuka mulut"Baiklah Irah setuju syarat ibu....erm bila temu janji tu dekat mana?"tanya Syahirah kepada Puan Syakila.

"Temu janji tu pada hari Ini...pukul 2:00petang...dekat Restoran Sunny.."kata Puan Syakila.

"Apa!!!Hari ni jugak ..ish mama ni apasal awal sangat??"tanya Syahirah.

"Mama saje jer nak buat temu janji tu cepat sebab esok dia free hari ni..esok dia ada meeting dekat pejabat esok..."kata Puan Syahirah..

"Erm..baiklah mama...Irah nak keluar kejap nak jumpa Izzati..Lepas jumpa Izzati Irah pergi terus kat restoran yang mama cakap tadi"kata Syahirah seraya menyalam tangan mama..

"Jangan lupa lelaki yang Irah nak jumpa tu akan berpakaian t-shirt warna biru ..namanya F..."sebelum sempat menghabiskan ayatnya Syahirah terus melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta.Puan Syakila hanya mengeleng..Puan Syakila terus naik ke atas untuk menjenguk suaminya yang terlantar akibat sakit tua...

<3                           <3                        <3                      <3

"Izzati mati aku Izzati..."kata Syahirah sebaik sahaja sampai di rumah Izzati.

"Ish kau ni lepas aku bukak pintu kau terus serbu ..salam tak bagi ....dah la cakap berbelit-belit aku tak faham laa.."kata Izzati bingung dengan sikap rakannya..

Syahirah hanya senyum lalu bersuara"Asalamualikum...ada orang tak kat dalam tu ni Syahirah ni ..nak jumpa Izzati sebab ada masalah..masalah besar ni ada orang tak ni??"\gurau Syahirah..'Sempat lagi aku main-main saat genting macam nie lagi 3 jam nak kena pergi temu janji sempat lagi kau main-main?'marah Syahirah kepada dirinya.

"Waalaikumusalam..ada orang ni... duduk kat depan mata..tak nampak ker?Kalau tak nampak kena buat glasses ni ...aku  boleh hantarkan"Izzati turut bergurau..lalu menyambung lagi"Kau ni Syahirah kalau  ada masalah  cari aku kalau masalah ada aku kau cari ...kalau takde masalah tak cari aku pun"kata Izzati nada menyindir..

"Ala Izzati kau sorang jer  kawan aku kau kena bantu aku kali ni kes naya kalau kau tak bantu aku"kata Syahirah lagi..

"Kau ni terbelit-belit macam ular tengah lapar...cuba kau citer sikit kat aku masalah kau ..cu..citer...cu citer"kata Izzati sambil meniru  suara usop dalam citer Hantu Kak Limah....

"Macam ni mamaaku nak aku pergi blind date hari nie pukul dua ..."belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu Izzati menyampuk..

"Apa susah kau buat la macam kau buat dulu-dulu sampai rosak temu janji kau"kata Izzat selamba badak..

"Ish kau ni belum aku habis ayat kau dah menyampuk macam mana aku nak cakap??Bukan problem pasal nak rosakkan janji temu tu yang tu aku boleh uruskan tapi macam mana aku nak cari calon suami selama enam bulan??"tanya Syahirah..Izzati hanya mengerutkan dahi tanda tak faham...lalu bersuara

"Kenapa kau kena cari calon suami selama enam bulan pulak??"tanya Izzati

"Sebab aku buat syarat dengan mama aku lepas kalau blind date ni tak jadi aku tak payah pergi blind date yang lain..lepastu mama aku pulak buat syarat kalau blind date tu tak jadi aku kena cari calon suami dalam tempoh enam bulan ...gila aku macam ni"kata Syahirah

"Biar aku hantar kau ke Tanjung Rambutan..lepas aku hantar kau dekat sana  kau tak payah kawinlah"kata Izzati menahan ketawa..Syahirah mengerutkan dahi tanda tak faham..silap-silap cepat tualah Syahirah..

"Jom hantar aku pergi ke sana sekarang jugak ..aku tak nak kahwin"akhirnya Izzati melepaskan tawanya'Lurus bendul punya kawan..kena tipu mati-mati dekat aku'kata Izzati dalam hati..Syahirah pelik melihat Izzati ketawa"Apasalkau ketawa Izzati aku rasa tak lucu pun aku cakap tadi"kata Syahirah pelik..

"Kau ni Syahirah lurus bendul betul la...kau tahu tak Tanjung Rambutan tu untuk orang gila jer..aku nak hantar kau sebab kau cakap kau nak gila...huahuahaua"kata Izzati sambil ketawa..

"Sampai hati kau.. aku tengah serius kau boleh main-main juga kat depan aku"kata Syahirah nada mengajuk.

"Ala..bucubucu..aku gurau jer la...apa kata kalau kau buat plan untuk batalkan blind date kau dan lepastu kau..erm..cuba cari calon suami..aku pun akan tolong cari calon suami untuk kau"kata Izzati..

"Kau tolong cari calon suami yang paling baik...aku nak yang paling hensem dan paling romantik boleh aku bermanja-manja dengan dia."kata Syahirah manja..mula lah nak menggedik kawan sapalah??

"Eleh..kau ni gedikya silap suara manja lagi nak muntah aku ..aku cari terbaik punya"kata Izzati bangga.

"Jom tolong aku mekap tebal-tebal..pukul dua aku nak pegi bilnd date mesti mamat tu lari..tengok muka aku yang paling comel dalam restoran tu nanti"kata Syahirah kembali ceria..

"Kau ni agak-agak ah....ni first time kau nak mekap tebal-tebal kau  tak malu ker..ish kalau aku jangan haraplah nak pakai macam tu"kata Izzati

"Ala ni kan blind date yang terakhir aku nak biar lelaki tu malu dengan aku dan dia serik nak blind date dengan sapa-sapa pun..heheehe"kata Syahirah seraya ketawa

"Yelah..jom aku make up..dia pakai baju apa ha??"kata Izzati..

"Pakai baju biru..jom makeup aku"kata Syahirah

<3               <3                 <3              <3

"Bye Izzati aku pergi dulu ....terima kasih sebab mekap muka aku sampai comel macam nie"kata Syahirah

"Bye....GUD LUck Asalamualikum.."

"Waalaikumusalam ..terima kasih sebab ingatkan aku"kata Syahirah sambil tersenyum...

<3           <3                 <3              <3

'Gara-gara nak batalkan blind date ni aku terpaksa menahan malu sebab mukaku yang terlampau comel dengan pakaian yang berwarna warni..tudung pun tak masuk ngam baju semua tak samalah..dah macam orang gila..tapi takpelah ni blind date yang terakhir'kata Syahirah dalam hati.Sampai saja di Restoran Sunny Syahirah terus mencari manusia yang berbaju biru di luar restoran ...akhirnya matanya beralih kepada seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru.'isk mama cakap berpakaian T-shirt ke kemeja eh??aku rasa kemeja (kut)kurungan ketap-ketap'katanya dalam hati...Syahirah menunggu 5 minit untuk mengetahui sama  ada  lelaki  lain yang berpakain berwarna biru...setelah lima minit berlalu Syahirah terus menyerbu meja itu..lelaki itu kelihatan bigung..

"Hai aw...k..awk ni tent...u lelaki ya...ng mama say...a suruh blind dat...e tu kan??Nam...a awk siap..a??"Syahirah terus menyerang lelaki itu dengan banyak soalan..siap dengan gagap lagi suara tu..

Lelaki itu serba salah hendak memberi tahu namanya "ERm....nama saya Darius"lelaki tadi kelihatan terkejut dengan kehadirannya...

"Aw...k  jo..m   ki..ta   kah..win"Syahirah sengaja buat banyak gagap dari mula-mula dia cakap.

"Eh...saya tak kenal awklah buat apa nak kahwin dengan awk..awk ni siapa?"tanya Darius

"Huawawa...sa..ya na..k kah..win den..gan aw..klah.sa..ya tak ki..ra kit..a ke..na ka..hwin jug..a say..a cin..takan aw..klah huawawawa"Syahirah pura-pura menangis dia juga meraung yang menyebabkan ramai mata yang memandang ke arah meja mereka akibat raungannya tu..Lantaklah...

"Cik saya tak kenal awk lah saya tak nak kahwin dengan awk saya tak kenal awk..sebelum saya naik angin baik awk berambus"kata Darius dengan nada kasar..Tiba-tiba Syahirah tersenyum'Eh..minah ni gila ker tadi nangis tiba-tiba senyum..gila ker'bisik hati Darius

'Thank sebab tak nak kahwin ngan saya bye"kata Syahirah seraya berlalu..Di depan muka pintu dia ternampak sorang lagi lelaki yang berbaju biru...'Takkanlah lelaki ni dahla lambat 15minit..betullah lelaki tadi hehehe'Syahirah berkata dalam hati seraya menyedapkan hatinya.

Darius bingung..'Tadi gagap ni dah boleh lancar bercakap..peduli apa dengan pompuan tu ......  harap-harap aku tak jumpa lagi pompuan gila tu lagi..malu gila..baik aku cepat-cepat berlalu dari tempat ni malu bek..'katanya dalam hati.

<3        <3           <3        <3
 "Kak long macam mana dengan blind date tadi?"tanya adik bongsuku Syamir.

"Macam tu la..dik kenapa?"tanya Syahirah

"Adik nak abang iparlah adik...bosan sebab takde adik beradik lelaki kat dalam rumah ni"selamba badak jer adik Syahirah cakap..

"Ala adik ..adik suruh jer la Kak Zanalah yang kahwin akak tak sedia lagi nak kahwin"kata Syahirah

"Siapa yang sebut nama Zana tadi ??Cepat cakap...kenapa sebut nama Zana tadi?"tanya Suzana adik perempuan Syahirah sambil mengcekak pingang..

"Kak long ni yang sebut nama kak Zana tadi ..........dia suruh kak Zana kahwin dulu sebab dia tak sedia lagi"kata Syamir'Siap kau Syamir ..kau ni mulut tempayng sungguh  tak boleh simpan rahsia sikit pun'

"Kak long ....kenapa Zana pulak nak kahwin dulu akak la dulu Zana muda lagilah...lagipun Zana nak bermanja-manja dulu dengan papa ngan mama"kata Suzana

"Ek eleh...muda konon umur tu dah nak masuk 23 tahun pun cakap muda lagi....dah boleh kahwin pun"kata Syahirah lagi untuk mengusik adiknya.

"Ala akak tu lagi tua ..umur akak dah 25 tahun dah ..kalu kawin dari dulu lagi mesti dapat 2 orang anak dah...tapi kita berdua tak bersedia lagi nak kahwinkan ..jadi........Syamirlah yang kahwin..dengan sapa dah erm...Aliya Amira"kata Suzana..merah padam muka Syamir sebab kak ZAna tahu perkara ni..

"Erm..akak tahu dari mana pasal Aliya ni akak??"tanya Syaimir..

"Adalah..spy akak yang bagi tau"kata Suzana

"Aaa...adik akak ni ada buah hati eh..kenapa tak bagi tau...cepat cakap sapa Aliya tu.."tanya Syahirah

"Dia tu kawan adiklah ..bukan buah hati"nafi Syamir

"Habistu takkan adik tak suka dia??"tanya Suzana

Belum sempat Syamir menjawap terdengar suara memekik "SYAHIRAH................................."

"Kak long mama panggil kak Long tu pergilah turun ke bawah "kata Suzana..Syamir hanya menganguk..

"Akak turun dulu yer..Asalamualikum"kata Syahirah berlalu dari biliknya itu..

"Waalaikumusalam"jawap Suzana dan Syamir serentak.

<3                <3                  <3               <3
"Kenapa mama panggil Irah nie?"tanya Syahirah 'mesti mama nak basuh telinga akulah apalagi ..kau ni Syahirah tak faham-faham lagi perangai mama kau'bisik hati Syahirah

"Irah kenapa tak pergi blind date petang tadi?"tanya Puan Syila 'Eh..aku silap dengar ke??aku rasa tak ....aku dah pergi tadilah.'

"Mama.... Irah pergilah tadi"kata Syahirah

"Kenapa Faizul cakap kamu takde tadi?"tanya Puan Syila

"Faizul mana pulak mama ni??Yang Irah tahu nama dia Darius bukan Faizul"kata Syahirah

"Betul ker Irah jumpa dia?Irah tak jumpa dia kan..dia lambat 15 minit jer kenapa Irah tak tunggu??"tanya Puan Syila

"Erm...mama Faizul tu pak..ai baju T-shirt atau baju kem..eja??"tanya Syahirah gagap..kan dah gagap sungguh..hehehe..

"Kan mama dah cakap dia pakai baju T-shirt ...Irah jumpa tak dia??"tanya Puan Syila..

"Jumpa ...............kut"perkataan kut diperlahankan lalu dia naik ke biliknya.

"Isk budak ni...Syahirah mama nak Syahirah cari calon dalam enam bulan faham!!"tempiknya dari bawah.

'FUh lega mama tak banyak soal kalau tidak malu aku'katanya dalam hati"Baik mama"tempiknya pulak dari atas..'Agak-agak  Izzati dah jumpa calon suami untuk aku ke belum erm...'katanya dalam hati..

<3         <3          <3               <3            <3

"Bek gila-gila...taubat aku tak pergi blind date kali ni....sampai mati aku tak akan pergi blind date ..malu-malu"katanya pada Izzati..

"Eh..kau ni pergi rumah aku tak bagi salam telefon aku pun tak bagi salam ..agak-agak ah bek....kalau macam ni mati kataklah aku macam ni ...asyik serbu jer"kata Izzati selepas mengangkat telefonnya..

"Sorry ustazah..asalamualikum.."

"Ni aku malas tegur ni sikit-sikit ustazah..erm waalaikumusalam......ada apa kau telefon aku?ni mesti ada masalah"memang tepat apa yang dikatakan oleh Izzati kalau takde masalah mana ada nak tefon apa punya temanlah...

"Malu giler aku hari ni bek"kata Syahirah

"Apasak kau rasa malu...sepatutnya kau rasa gembira..takkan lah dia nak kepada kau yang bedak 44 inchi bek sapa nek pompuan make up macam tu....kalau kau dengan monyet mesti diorang pilih monyet...kekekeke"kata Izzati sambil gelak.

"Bukan pasal tu...kau nak tahu tak aku malu pasal apa...sebenarnya..huih malunya aku..erm..ermm"Syahirah serba salah

"Cakap jerla tak payah malu-malu"sampuk Izzati

"ERm....aku tersalah orang..dahla aku buat gagap masa tu lepas tu ..aku meraung depan orang ramai ...malu bek"kata Syahirah

"La...macam mana kau boleh tukar orang takkan mama kau tak cakap baju warna apa dan nama mcam dulu-dulu??"tanya Izzati

"Baju tu mama aku cakap ..tapi nama dia aku tak dengar mama cakap sebab aku terus naik kereta nak pergi jumpa kau..tapi dengan baju aku tersilap patutnya lelaki tu pakai T-shirt tapi aku pergi buat perangai gila depan lelaki pakai baju kemeja...malu giler mana nak sorok muka aku..lepas ni aku bertaubat tak nak pergi restoran tu lagi"kata Syahirah

"Tu la...kalut sangat kan dah kalut"kata Izzati sambil ketawa tak henti-henti

"Kau ni bukan nak tolong aku tapi makin menambah malu aku ni"kata Syahirah mengajuk

"Sorry arr..bek aku gurau jer..kau lupakan perkara tu ..bukan kau jumpa dia lagi pun"kata Izzati memujuk

"Betul jugakan bukan aku jumpa dia pun..Erm..macam mana dengan calon suami aku ??"tanya Syahirah

"Esok aku bawa kau jumpa dengan calon suami kau ..memang cool arr...cukup semua pakej..aku dah kenal dia masa aku dilahirkan lagi"kata Izzati

"Bila kau nak aku jumpa suami aku tu?"tanya  Syahirah gedik..dah mula dah perangai gedik

"Esok malam aku jemput kau aku nak ajak kau dan suami kau tu tengok wayang"kata Izzati

"Okey aku tunggu"kata Syahirah"Aku dah  ngantuk ni nsk tidur..bye"kata Syahirah lagi

"Isk kau ni berilah salam dulu..kalau dah ada suami macam manalah suami kau nak tegur kau"kata Izzati

"Opp...Asalamualikum"kata Syahirah

"Waalaikumusalam..tidur nyeyak ya mimpi abang  sayang ya"kata Izzti

"Ish muka aku tak tahu lagi ..nak mimpi pulak"kata Syahirah lalu mematikan telefonnya...
'Macam manalah rupa suami aku..kalau muka macam Dariuskan best..Isk apasal ingat mamat tu pulak?LUpakan Darius lah otak oi...kenapalah Darius yang keluar dari otak aku...biar jelah wajah abang Darius keluar ..ish gatal pulak otak aku ni..tidurlah'bisik Syahirah dalam hati..

<3               <3                     <3              <3

"Irah nak pergi mana tu?"tanya Puan Syila sebaik sahaja ternampak Irah hendak keluar dari rumah..

"Nak pergi keluar dengan bakal menantu mamalah "kata Syahirah selamba

"La...dah jumpa ker calon suami kenapa tak ajak jumpa mama?"jelas tergambar keceriaan di wajah Puan Syila.

"Nanti Irah bawa bakal  suami  Irah jumpa mama dan papa eh.."kata Syahirah "Papa mana mama ?Kemarin seharian tak nampak muka papa"

"Papa dah sihat dah..kemarin dah pergi pejabat..sekarang tengah tengok TV di atas "

"Kenapa tak duduk rumah berehat jer...Dia kan tak sihat... hal pejabat tu biar lah Irah yang uruskan??"

"Papa cakap dia bosan duduk rumah..Irah esok papa nak jumpa Irah ada urusan penting papa nak bagi tahu.."kata Puan Syila

"Okey..  Irah pergi dulu..Asalamualikum"kata Syahirah seraya menyalam tangan Puan Syila

"Waalaikumusalam...."  'Pelik anak aku ni....hari-hari lain tak pernah bagi salam kenapa hari ni bagi salam?'bisik hati Puan Syila

'Terima kasih untuk kau Izzati sebab tegur aku sebab tak bagi salam dah terlekat dalam kepala hontak aku sampai sekarang...'bisik hati Syahirah pula sebelum masuk ke dalam keretanya..

<3                <3               <3             <3

Setibanya di panggung wayang ,Syahirah terus mencari kelibat Izzati 'Ish....mana budak nie ....ermm...mana arr'

"Asalamualikum"

"Mak kau mampus....."ish..sapa pulak nie bagi salam arah belakang

"Huawawa....lucu lah kau ni Syahirah...sikit -sikit latah..ish...ish"kata orang tersebut selepas ke hadapan Syahirah..sapa lagi kalau bukan.Izzati

"Oii.....nasib baik aku tak mati ...kalau aku mati aku kacau kau dulu"kata Syahirah

"Lek arr...aku gurau jer..pasal mende tu kau jangan sebut ni malam buta ni ..dah la aku datang sorang-sorang hari ni"kata Izzati jelas nada ketakutan

"Habistu mana suami aku..??Tak datang ker??"tanyanya lagi

"Suami kau datang ..tapi lewat sikit sebab dia balik lewat tadi"kata Izzati

"Oooo.....jomlah kita pergi tengok wayang dulu ..citer apa kita nak tengok ni"tanya Syahirah

"Kita tengok citer Strawbery Cinta lah best citer tu..cakap jepun lagi"kata Izzati

"Atashiwa Syahirah desika..."Syahirah meniru percakapan orang jepun

"Kau tak payah drama dekat sini jom masuk"kata Izzati sambil menarik tangan Syahirah..mereka sama-sama masuk ke dalam panggung wayang

<3                    <3                   <3                    <3

"Izzati aku nak keluar pergi tandas kejap ...nanti aku datang"kata Syahirah

"Ok...hati-hati tau"kata Izzati

"Yelah-yelah cik adik oi"kata Syahirah

"Lepas ni memang kau kena panggil aku adik pun.."kata Izzati

"Apa?Aku tak dengarlah.."

"Takde apalah"kata Izzati

"Bye.."kata Syahirah seraya berlalu

<3                 <3                 <3               <3

"Izzati apasal kau bagi orang duduk kerusi aku?"tanya Syahirah

"Eleh kau duduk lah di tengah-tengah aku ngan dia"jawab Izzati selamba

"Kau ni..."

"Sabar cik biar saya duduk kerusi sana"kata lelaki itu sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelah kerusi Syahirah....dia terus ke kerusi tersebut

"Thank"kata Syahirah

"you re Welcom"kata lelaki itu

"Syahirah..lelaki kat sebelah kau tulah suami kau "bisik Izzati di telinga Syahirah

"Oh..yer ker gentleman gila"bisik Syahirah pula

"Aku nak ajak lelaki tu makan dengan kita nanti boleh kita berkenalan"

"Ok jugak"kata Syahirah

<3            <3              <3                <3

      Selepas 2jamduduk dalam pangung wayang lampu pun terbuka

"Abang jomlah kita pergi makan"kata Izzati kepada lelaki itu

"Ok,..abang ikut....tapi adik yang belanja"kata lelaki itu

"Kau orang ni ada hubungan apa 'adik..abang'naik geli telinga aku"bisik Syahirah ditelinga Izzati..'Macam kenallah lelaki ni tapi dekat mana ?Muka macam sebijik dengan Darius ...Silap orang kut'bisik hati Syahirah untuk menyedapkan hatinya

"Ooo..lupa nak kenalkan..Abang ini Syahirah ..Syahirah Ini abang aku Faris"kata Izzati'Fuh mujur bukan Darius'

"Selamat berkenalan"kata Syahirah..Faris hanya mengangguk lalu bersuara

"ERm...saya rasa kita pernah jumpalah"kata Faris

"Sa..ya  rasa kita tak per..nah j..umpa"jawap Syahirah gagap\

"Ha baru saya ingat ..awak ni kan perempuan yang bedak tebal 99 inchi dan gagap dekat Restoran Sunny tu kan?"kata Faris

"Darius.??"tanya Syahirah

"Korang kenal ker?macam mana kau boleh kenal nama abang aku??Nama abang aku Faris Darius"tanya Izzati

"Dia nilah mamat yang aku silap blind date tu...aku balik dulu eh..."kata Syahirah seraya berlalu dari situ..panggilan dari Izzati tidak diendahkan oleh Syahirah..

<3                   <3                    <3                    <3

"Ish..mana kunci kereta ni...tak kan dah hilang kut.."keluh Syahirah

"Hei cik adik ada masalah ker?"

"Takde apa-apa "siapalah yang tegur tu..

"Awk cari ni ker?"tanya suara itu menghulurkan kunci kereta...Syahirah berpaling ke arah wajah suara itu

"Darius....."ucap mulut Syahirah.Syahirah mencapai kunci kereta tersebut dan terus masuk ke dalam kereta menghidupkan ..belum sempat dia menghidupkan kereta kedengaran pintu sebelah tempat duduknya..dia berpaling ke tepi

"Keluarlah dari kereta saya"kata Syahirah kasar

"Eh ..kenapa dah tak gagap ni ...si gagap dah pulihlah"kata Faris

"Kau nak apa dengan aku...keluarlah dari kereta aku"kata Syahirah

"Eh garang nyer gagap ni..kau kena bertanggungjawab sebab kau dah malukan aku kat  restoran sunny"kata Faris pula..

"Ok aku ikut arahan kau.....kau nak suruh  aku buat apa??"tanya Syahirah

"Kau tunggu hari jumaat nanti aku datang rumah kau...sebelum aku telefon rumah kau aku akan telefon kau..apa pun aku tanya kau kena jawap ya tak kira apa pun yang berlaku."kata Faris tersenyum

"Ok aku cakap ya apa saja soalan kau asalkan hutang aku dengan kau selesai"kata Syahirah

"Hantar aku balik rumah adik aku kejap"kata Faris

"Kau takde kereta ker nak tumpang kereta orang?"

"Kereta aku duduk dekat rumah aku datang naik teksi..ingatkan nak tumpang adik aku tapi dia dah balik..tumpang kaulah nampaknya"kata Faris

"Yela..aku hantar kau tinggal mana?"tanya Syahirah.sambil menghidupkan enjin kereta..kereta nya meluncur laju keluar dari tempat kereta

"Sebelah rumah adik aku lah"

"Kenapa tak tinggal dengan adik kau?

"Sebab nanti kalau aku kahwin senang aku nak duduk dengan isteri aku"kata Faris

"Habistu dah ada calon ker??"tanya Syahirah

"Dah ada tapi nak tunggu dia bagi jawapan dulu dia nak kahwin dengan aku ke tak.."kata Faris..ia amat menyakitkan hati Syahirah entah kenapa

"Ooo"kata Syahirah seraya membuka radio lagu Lucky Jason Mraz yang dibintangi  di siarkan di radio


I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Syahirah turut menyanyi perlahan tapi dapat didengari oleh Faris'comel' bisik hati Faris sambil memandang Syahirah
"Janganlah pandang saya macam tu saya tahulah saya ni cantik"
"Perasan"kata Faris
"Jadi janganlah pandang saya"kata Syahirah
"Saya suka awak nyayi lagu tu..merdu"kata Faris..Syahirah apa lagi merah padamlah sebab kena puji..
"Terima kasih....... ni lagu kegemaran saya .."kata Syahirah
"Oh saya punkan suka lagu ni lagu ni mengingat saya kepada seseorang"kata Faris
"Kepada siapa?Tapi agu nie mengingatkan saya pada kakak saya..tapi dia dah meninggal dunia"kata Syahirah
"Lagu ni pula mengingatkan saya dengan Syakilah"kata Faris
"Maksud awak Tengku Syakilah Tengku Azman Farius??"tanya Syahirah....dia menghentikan kereta di sisi jalan..
"Macam mana awk kenal dia?"tanya Faris
"Dia tu kakak saya...sepatutnya dialah kak long tapi mama suruh adik-adik saya panggil saya kak Long lepas kakak saya meninggal"kata Syahirah teresak-esak"Sayalah yang menyebabkan kakak saya mati...saya benci.....saya benci diri saya..kenapa saya yang tak mati...kanapa kakak saya yang mati"raung Syahirah macam orang kurang siuman..kalau dibangkitkan pasal kak long tentu Syahirah akan rasa bersalah..
"Syahirah..kakak awak mati sebab Allah sayangkan dia bukan sebab awak"kata Faris
"Tapi saya yang degil masa tu ...kalau tak dah lama awk jadi suami dia"kata Syahirah teresak-esak
"Tapi bukan salah awk..bawa banyak beristifar ..Allah lebih sayangkan dia "kata Faris memujuk'Dia pernah adik Syakilah hampir gila sebab kejadian itu..tak sangka adiknya itu SYAHIRAH ..dulu dia nampak budak lebih kurang umurnya 20 tahun menangis macam orang gila dihadapan kubur kakaknya minta maaf tapi budak tu belum pakai tudung'
"Saya yang salah...kakak saya cakap saya tak boleh pandu kereta masa umur saya 20 tahun tapi nak pandu juga ..akibatnya kakak saya mati sebab kemalangan"kata Syahirah...lepas itu dia terus pengsan
"Syahirah"....sayup-sayup kedengaran suara Faris

<3             <3               <3               <3               <3

"Kak Irah minta maaf..Akak....maafkan Irah"raung Syahirah

"Ini abang punya pasal...tengok Syahirah tu dah mengigau dah pasal kakak dia....dia tak boleh terima kakak dia meninggal ..dia salahkan diri dia sebab kakak dia meninggal"kata Izzati simpati dengan Syahirah..

"Abang mana tahu dia tu adik kak Syakilah....abang dengar lagu kegemaran kak Syakilah dalam kereta dia tadi ..tu abang buka citer kak Syakilah...kenapa adik tak cakap yang Syahirah tu adik Syakilah?"tanya  Faris 

"Bukan adik dah cakap ker tadi yang kawan adik tu adik kak Syahirah"belum sempat Faris menjawap kedengaran suara Syahirah menracau..

"Kak jangan tinggalkan Irah ..akak Irah minta maaf tak dengar kata akak....akak Irah tak nak kahwin dengan abang Ris..Akaklah kahwin dengan abang Ris...kenapa akak tinggal kan Irah..kenapa akak suruh Irah cari abang Ris.."semakin kuat Syahirah meracau...

"Abang siapa Abang Ris tu??"Tanya Izzati pelik

"Abanglah abang Ris tu.....Semasa umur abang 20 dan Syahirah 19 Syahirah panggil Abang ..abang Ris arwah kak Syakilah yang suruh Syahirah panggil Abang macam tu....."kata Faris sayu

"Tapi kenapa Syahirah cakap kak Syakilah suruh cari abang dan cari abang?"tanya Izzati

"Mungkn arwah berpesan macam tu pada Syahirah sebelum dia meninggal"kata Faris

"Abang nak kahwin tak dengan Syahirah  tu?"

"Memang itu hajat abang ..mula-mula abang tengok dia dekat restoran tu memang abang dah jauh cinta"kata Faris...Izzati memandang pelik

"Abang tak malu ker?"

"Abang tak malu pun..abang tahu dia berlakon....masa Izzati cakap ngan Syahirah pasal blind date tu abang dengar...abang pakailah baju biru...sebab Syahirah tak cakap lelaki tu pakai baju biru ker baju T-shirt"kata Faris

"Kira abang acting jugalah drama yang tak bertajuk tu??"tanya Izzati ..Faris hanya mengangguk macam burung belatuk..

"Kakak......................"tempik Syahirah....syahirah terus sedar dari pengsan

"Syahirah kau tak apa-apa ker??"

"Kakak aku dia nak aku kahwin dengan Ris,..tapi aku takut"kata Syahirah..Dia tak sedar faris ada di belakangnya

"Macam mana kau tahu kakak kau cakap macam tu?"tanya Izzati cuba mengorek rahsia

"Itu pesanan terakhir dia untuk aku semasa kemalangan tu...dia cakap kat aku.....aku dah berjanji dengan dia tapi dia tak tepati janjinya............aku janji dengannya aku akn kahwin dengan Ris tapi dia mungkir janji dia janji dengan aku dia akan terus bertahan walaupun keadaannya parah tapi..dia pergi"lirih suara Syahirah

"Syahirah mungkin dia akan tenang kalau kau Kahwin dengan Ris..kau kahwin dengan dia ek.."kata Izzati memujuk..

"Tapi Ris tu abang kau...lagipun kita bukan tahu pun perasaan abang kau dekat aku"kata Syahirah

"Syahirah sebelum kakak kau meninggal dia ada suruh aku simpan sesuatu dan dia suruh aku bagi dekat kau masa umur 25 ...kejap aku pergi ambik"kata Izzati memberi isyarat kepada Faris yang berada di belakang Syahirah supaya keluar...Faris terus keluar...setelah mencari barang tersebut dia terus ke tempat Syahirah...

"NI kamera kakak kau sebelum dia meninggal dia bagi dekat aku nah..."kata Izzati sambil menyerahkan kamera tu..

"Boleh aku guna Komputer kau tak?"tanya Syahirah..Izzati hanya mengangguk

"Aku keluar dulu yer..."Syahirah hanya mengganguk

Syahirah terus memasang kamera itu..di situ dia melihat gambar dia sekeluarga serta kawan kakaknya...Faris pun ada...gambar yang paling banyak ialah gambar dia bersama kakaknya....
akhir sekali...Syahirah melihat kakak nya mungkin hendak memberi tahu sesuatu

"Irah...,sebenarnya kakak nak cakap sesuatu dekat irah...kalau kakak meninggal nanti Irah kena janji dengan kakak yang irah kena terima abang Ris...Akak tahu irah suka abang Ris...Abang Ris pun suka irah.... Akak dapat lihat dari gaya mata abang Ris melihat IRah.....irah terimalah Abang Ris....Janji dengan Akak ya...Erm..Syahirah semasa Syahirah berada di luar negara ada satu benda irah tak tahu....semua Family kita tahu kecuali irah...mama ngan papa nak bagi tahu irah tapi akak tak bagi....sebenarnya akak ada menghidapi penyakit leukemia..akak tak sampai hati nak bagi tahu kat Irah ..akak takut Irah tak terima kenyataan ini..masa akak rakam video ni Syahirah umur 19 tahun dijangka akak boleh hidup setakat 9bulan jer...Irah jangan sedih yer....sebenarnya akak dengan abang Ris takde hubungan pun...kami kawan jer......Abang Ris banyak berkorban untuk keluarga kita ..abang Ris lah yan bagi semangat untuk kami keluarga....Demi akak Irah terimalah abang Ris....kakak sayang Irah....jangan nangis ya.....kalau Irah rindu akak Irah tengoklah video ni....untuk adik tersayang.....Tengku Syahirah Tengku Azman Farius..jangan sedih ya dik..."video itu terus kosong...Syahirah menangis sepuas puasnya'Ya ..Allah tabahkanlah hati hambamu ini'

Izzati yang mendengar Syahirah menangis terus masuk ke bilik Syahirah..

"Izzati"

"Erm..."

"Kau tahu ker kakak aku ada penyakit leukimia?"tanya Syahirah

"Ya aku tahu..akulah orang pertama yang tahu..... masa tu kau pergi belajar....aku nak cakap kat kau tapi kakak kau tak bagi..dia tak nak kau gagal sebab fikirkan dia"kata Izzati

"Izzati kau cakap dengan abang kau aku setuju kahwin dengan dia..cakap dengan dia kahwin terus tak nak tunang tunang"kata Syahirah

"Yela..aku cakap..nampaknya aku dapat kakak Iparlah aku"kata Izzati

"Kau kena panggil aku akak rah...sebab aku tua dua bulan..hehehe"kata Syahirah kembali ceria...

"Yela...kau ni kejap jer sedih ingatkan sampai ke sebulan kau nak sedih kata Izzati pula"

"Ek...eleh...aku tak sedih sebab kakak aku cakap jangan sedih .."

"Betul ker...ker kau gembira sebab nak kahwin?"

"Eleh..dua-dua hhehehe"

"Kan dah comel kawan aku ni senyum"

"Eleh..aku memang comel apa"

"Perasan"

"Aku ngantuk ni aku nak tidur ....asalamualikum.."

"Waalaikumusalam...aku tefon mak kau dulu ye  kata kau tidur dekat sini"

"ok."


<3               <3                    <3

"Aku terima nikahnya Tengku Syahirah Tengku Azman Farius dengan mas kahwin 120 ringgit tunai"sekali lafaz saja Syahirah dah sah jadi Tengku Faris Darius Tengku Iskandar....Faris datang meminang Syahirah bulan lepas...sekarang mereka dah sah jadi suami isteri.

Kini tiba majlis pembatalan air Wuduk ..selepas menyarungkan cincin..Syahirah mencim tapak tangan Faris...Faris terus mencium dahi Syahirah lembut..Selesai melayan tetamu Syahirah terus naik ke biliknya..

'Macam mana ni dahla baju tidur aku ni seksi sikit..macam mana ni..pakai jelah lagipun dah halal ..baik aku mandi dan solat  dulu'bisik hati Syahirah

Setelah mandi dan dan mengambil wuduk Syahirah segera mencapai telekung..belum sempat dia hendak solat...pintu biliknya ditolak...

"Irah dah sembahyang belum?"tanya Faris..Syahirah hanya mengeleng"Kalau macam tu tunggu abang ambil wuduk kejap"kata Faris lalu berlalu...'Abang?sejak bila dia membahasakan diri abang dan membahasakan diri aku Irah?pelik-pelik...'tiba-tiba suara lain menyampuk..'Diakan suami kau mesti membahasakan diri kau macam tu baru romantik'tiba tiba ada suara garau bersuara

"Syahirah....Syahirah"kata suara itu ..tiba-tiba bahunya disentuh

"Eh..Irah...Abang"   'apa aku merepek ni ..hish malu-malu.'bisik Syahirah.Faris ketawa mengekek

"Jom solat....jangan nak mengelamun pula"kata Faris

Selepas mngaminkan doa Faris menghulurkan tangannya..Syahirah apa lagi ciumlah tangan suaminya tanda hormat..Syahirah segera menanggalkan telekungnya...Faris terpana melihat kecantikan rambut Syahirah yang panjang melepasi punggung...'Ni lah untungnya dapat isteri yang menutup aurat suami jer yang dapat lihat'bisik Faris dalam hati sambil  menelan air liur..tak terkelip melihat isterinya...Syahirah dah gelabah sebab direnung macam tu..

"Saya tahulah saya ni cantik tak payahlah nak tengok macam tu...kan takde mata baru tahu"kata Syahirah menyembunyikan rasa malu

"Ala abang renung sayang jer...bukan renung orang lain.."kata Faris lalu menyambung"Bila nak panggil abang,abang sayang dan panggil Irah ,sayang?"tanya Faris

"Malulah awk"kata Syahirah

"Panggil abang bukan awk"

"Tak nak..."chup mulut Syahirah dicium..Syahirah menolak badan Faris

"AWk..apa ni"

"Sayang nak pangil saya Abang atau saya cium"

"Saya panggil awk abang...Aw..bang"Faris mula senyum kemenangan

"Erm..."

"Sejak bila abang suka ir...yang?"tanya Syahirah..masih tak biasa

"Abang suka sayang sejak abang jumpa sayang First Time.."kata Faris

"Kenapa abang suka Sayang?"tanya Syahirah

"Sebab sayang baik...cantik..dan yang penting abang yang angau dekat sayang"kata Faris...Syahirah terus ketawa..

"Abang...Syahirah suka abang semasa Irah nampak abang bermain dengan budak-budak...Sayang suka gelagak abang masa tu.."kata Syahirah

"Yer ker..kalau Syahirah suka gelagak abang tu cepat-cepatlah lahirkan anak abang.."kata Faris

"Ala abang nie baru kahwin dah nak anak....abang yang hari tu kan abang suruh cakap ya tak kira apa pun yang berlaku abang nak cakap apa?"tanya Syahirah

"Ooo...pasal tu abang sebenarnya nak Syahirah setuju kawin dengan abang tapi Syirah dah terima nak buat macam mana"kata Faris

"Hahaha padam muka..tu la tak terus terang sangat"

"Boleh pula dia ketawa..jom kita tidur dah ngantuk ni"Faris terus membaringkan tubuhnya di atas katil ...Syahirah ni pulak tak biasa duduk atas katil ambil batal tidur dekat bawah..

"Apasal sayang tidur bawah?"tanya Faris

"Takut"jawap Syahirah sepatah

"Tidur atas katil abang tak ganggu sayanglah.."kata Faris..Syahirah terus naik ke atas katil..

"Sayang boleh abang peluk tak??Geramlah..dengan sayang ni.."

"Yelah... peluklah tapi jangan kuat-kuat nanti jadi lepeng sayang ni.."kata Syahirah..Faris hanya tersenyum.




NI Cerpen pertama amirah..hope you enjoy....kalau pening kepala sebab baca ni harap maaf....sila komen..jika ada salah perkataan ker ejaan ker tolong tegur saya memerlukan komen anda untuk meneruskan cerpen seterusnya....sebab nak dekat persekolohan saya kurang ada masa nak menulis cerpen ....maklumlah baru sekolah  menengah..hehehe..orang sibuk study saya sibuk tulis cerpen...